Thursday 27 September 2012

Mukadimah

Assalamualaikum..

         Salam perjuangan buat teman-teman yang masih berdiri teguh untuk meneruskan cabaran dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan. Alhamdulillah Tugasan 3 (KRT 3013) Teknologi Maklumat Sekolah Rendah, pembinaan blog telah dapat dilaksanakan. Saya sungguh teruja untuk berkongsi idea serta info mengenai bidang kaunseling saya.
         Terima kasih saya ucapkan kepada Dr. Norhisyam kerana memberi kelonggaran kepada saya( Guru Bimbingan Kaunseling Sepenuh Masa) untuk membina blog yang tidak berkaitan tajuk P&P di sekolah. Saya tidak mempunyai mata pelajaran khusus yang diajar disekolah. Di Blog ini, saya akan berkongsi tentang bidang tugas saya sebagai guru bimbingan dan kaunseling serta aktiviti-aktiviti yang telah saya laksanakan sepanjang tahun 2012. Semoga perkongsian ini dapat memberi info serta pengalaman baru buat kita semua.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Harian Online